7.02.2012

Wahai Wanita

Assalamualaikum Bloggers.

Sebenarnya wanita banyak keistimewaan di sisi Allah s.w.t.Jadi tak perlulah berasa rendah diri hanya kerana dilahirkan sebagai serorang wanita kerana kelebihan yg dianugerahkan Allah tidak dapat
ditandingi lelaki.

1.Doa wanita lebih termakbul daripada lelaki.kerana sifat penyayangnya.

2.Wanita yg solehah (baik) lebih baik daripada 1000 lelaki yang solehah.

3.Barang siapa yg menggembirakan anak perempuanya, darjatnya seumpamanya orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamk bersentuhan api neraka ke atas tubuhnya.

4.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah) di dalam syurga.

5.Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya)maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.Syurga ditelapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dgn penuh rasa takwa serta sikap tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.

9.Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

10.Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.

Ha. Dah baca kan.Baru kita tahu bertapa mulianya wanita di sisi Dia kan. Tetapi tak bermakna lelaki di pandang keji. Tidak sama sekali. Post ni untuk tatapan anda semua. TWidak kira blogger lelaki atau perempuan. Terima kasih kerana membaca. Banyak lagi istimewanya wanita ni .Tapi ni je yg dapat ditulis.